Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang ulama Iraq yang terkenal, Moqtada al-Sadr, mengecam kemungkinan Amerika Syarikat memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke al-Quds sambil mengatakan bahawa tindakan itu adalah "pengumuman perang ke atas Islam."
"Pemindahan Kedutaan A.S ke al-Quds adalah sebuah pengumuman perang ke atas Islam secara terbuka dan lebih jelas (berbanding dengan tindakan lain yang pernah diambil Washington sebelum ini)," kata Sadr pada hari Selasa.
Bercakap tentang retorik pilihan raya Trump yang mengatakan bahawa beliau akan mengiktiraf al-Quds sebagai ibu kota Israel, Sadr memanggil pihak terbabit untuk membentuk sebuah unit khas untuk membebaskan al-Quds.
Sadr turut menggesa Liga Arab yang berpusat di Kaherah dan juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk sama ada mengambil tindakan tegas atau dibubarkan sahaja.
Ulama itu turut menggesa pihak terbabit untuk menutup Kedutaan A.S di Iraq jikalau Washington bertegas untuk memindahkan kedutaannya ke al-Quds.
24 Januari 2017 - 18:15
News ID: 807055
Seorang ulama Iraq yang terkenal, Moqtada al-Sadr, mengecam kemungkinan Amerika Syarikat memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke al-Quds sambil mengatakan bahawa tindakan itu adalah "pengumuman perang ke atas Islam."